Saturday, April 27, 2013

Kenapa Aku Di Uji?

Assalamualaikum...

Sering kita tertanya-tanya, kenapa kita sering diuji? Mengapa ini yang harus kita terima? Mengapa berat sangat dugaan yang kita terima?

Lantas kadangnya kita lupa bahawasanya.... Allah swt sedang menguji keimanan kita, kerana menyayangi kita... Sedang mengajar kita erti kesabaran...

Dan setiap pertanyaan kita sudahpun terjawab... Mengapa?

KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;

"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung".
-Surah At-Taubah ayat 129
 

Monday, December 10, 2012

Poligami: Redha Atas Kekurangan

Pastinya semua isteri inginkan pernikahan yang bahgia... Biarpun Dia adalah isteri yang kedua yang terlibat dalam poligami hatta sekalipun pernikahan monogami. Tertanya pula pada diri ini akan sampai bilakah Iakatan yang terbina ini akan berlangsuangan sementara atau sehingga keakhir hayat.. Yang diinginkan adalah sehingga ketemu diSyurga.

Bersoal tentang kekurangan dalam Ikatan pernikahan (Poligami)... Pasti sahaja akan ada kekurangan. Tiadalah yang nampak sempurna selagi kita bergelar manusia. Pasti tercoret kekurangan dan kelebihan. Ramai teman-teman yang mengadu kerana suami tidak memberi nafkah zahir... Tidak memberi wang perbelanjaan. Segalanya ditanggung isteri kedua itu sendiri. Malah ada juga suami yang melebihkan keperluan Isteri Pertama tanpa menghiraukan Isteri kedua. Dengan alasan Isteri bekerjaya. Jadi dapat kurangkan beban.

Tertanya akan diri adakah patut begitu? Bukankah itu tanggungjawab seorang suami untuk memberi nafkah zahir dan batin walaupun si isteri itu mempunyai kerjaya dan mempunyai perbelanjaan sendiri. Namun Dari segi Batin mampu pula...

Tidak kurang juga Si isteri yang tidak bersyukur atau kurang bersyukur akan pemberian Si Suami. Padahal pemberian itu lebih-lebih mencukupi. Apakah sifat manusia yang tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada? Sentiasa mahukan yang berlebihan? Tidak pernah merasa cukup @ puas...

Aku merenung diri ini.. Melihat kembali pernikahan yang terjalin diantara aku dan Zaujku... Walaupun segalanya serba kekurangan... Namun dihati tetap redha.. Malah hati ini tetap bersyukur dengan pemberiannya biarpun sedikit.. Apa yang diberi itulah nafkahku... Itulah rezeki yang Zaujku berikan untukku. Tiadalah aku membangga diri atau merasakan diri ini hebat kerana berkata redha akan segalanya..

Tidak.... Tetapi itulah hakikatnya... Aku lebih senang memahami suamiku... Melihat dan mempelajari tindak tanduknya... Tidak pernah meminta itu dan ini... Tidak pernah menyoal akan kekurangan itu dan ini.. Tidak pula meminta 100% perhatian darinya... Walau hakikatnya itulah yang patut aku terima.. Tetapi demi kasih sayang aku padanya yang tak terhingga.. Demi kasih dan Cinta kepada Allah swt.. Aku redha atas segala kekurangan yang ada..

Pernah suatu ketika suami bertanya
" Adakah aku merasa bahgia dengan pernikahan ini?"
"Tidakkah aku merasa ada suami bagaikan tiada suami?"
Suami menyatakan dia tidak mampu untuk memberi keadilan yang sewajarnya terhadapku..
Dia bimbang akan dosanya terhadap aku kerana mengabaikan aku... Namun dengan redha aku... Dia akan merasa tenang..

Dan atas segala keihlasan dan kasih sayang dn cinta yang mendalam kepadanya.. Kepada Allah swt..
Aku redha akan setiap kekurangan itu... Kerana aku tidak pernah meminta berlebihan kepadanya..
Aku jga tidak sanggup Suamiku hidup dalam kebimbangan kerana tidak mampu berlaku adil terhadapku..

Lantas aku berkata... Nafkahilah aku semampunya.. Gilirilah aku seadanya.. Sayangilah aku seikhlas hatimu..
Dan sesuangguhnya aku redha andai kekurangn itu milikmu.. Kerana mungkin itulah rezeki untukku.

Sehingga hari ini... Aku masih lagi mampu mempertahankan pernikahanku biarpun yang masih lagi dikatakan baru.. Biarpun aku tahu teramatlah kurang.. Tapi aku tetap yakin... Semuanya ada hikmah.. Aku tidak meraih kemewahan harta dalam pernikahan aku dan suamiku.. Yang aku mahu raihkan kasih sayang dan cintanya untukku... Bimbingannya kepadaku untuk menuju kesyurga.. Harta dunia boleh dicari... Tapi aku mencari harta yang mampu kubawa kesana bersama suamiku..

Pada isteri kedua diluar sana... Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.. Biarpun dalam keadaan kurang.. Kerana setiap yang kurang itu pasti ada lebihnya.. Dan hanya kalian sahaja yang tahu apa lebihnya dalam pernikahan kalian. Doaku untuk kalian semua.. Semoga kita menjadi isteri yang menyenangi hati suami... Dan bukan yang hanya membebankan fikiran suami..

Dan janganlah sesal akan menjadi isteri kedua.. Kerana kitalah INSAN TERPILIIH

Wassalam..


BAITUL MUSLIM HALAQAH NET: Ketidakadilan Dalam Nafkah Isteri Kedua

Saturday, November 17, 2012

Khas Untuk Suami Berpoligami

Assalamualaikum wbt... Selamat petang... Al-Fatihah Buat Saudara-saudara kita yang di GAZA.. Semoga Allah swt merahmati mereka semua.. Dalam kesabaran menghadapi dugaan dariNYA..

Terdetik akan diri ini.. Adakah sanggup aku menghadapi dugaan seperti mereka disana.. Sedangkan diri ini hanya berperang dengan perasaan sedangkan mereka disana berperang, berjihad ke jalan ALLAH...

Hari ini saya nak kongsi apa yang saya baca dalam satu post yang saya tak ingat dimana saya terbacanya. Saya sharekan disini untuk pembaca semua.. Khas untuk para suami yang berpoligami.. Baik juga untuk dibaca oleh para isteri dalam memudahkan urusan suami yang ingin atau sedang berpoligami.


Jika suami tahu hukum sebelum kahwin dan selepas berkahwin adalah tidak sama, Seolah seorang yang pergi berjuang dgn yang tidak. Yang tidak pergi (bersebab) tidak akan dihukum melarikan diri drpd perjuangan (bunuh). Yang sudah pergi WAJIB berjuang. Itulah juga yang sudah terlibat POLIGAMI, wajib berjuang atas kebenaran, melainkan akan bertanggung jawab dgn yang lebih berat.

Jika suami tahu, kes poligami tidak boleh dituntut Fasakh, apa yang dibimbangkan - (fasakh)

Jika suami tahu seorang isteri tidak akan mampu mengembalikan segala-galanya apa yang telah telah diambil suami. maka dia tidak akan gusar. - ((Kaedah Khuluk).

Jika suami tahu hak pemilikan anak-anak byk memberi hak mutlak kepada Suami, apatah lg jika isteri ingin berkahwin lain (semua anak menjadi milik suami).- Maka isteri akan takut, suami akan berani dan tegas. - (hadhanah)

Jika suami sedar, dia WAJIB mencegah kemungkaran isteri yang nusyuz, kemudian jika dia gagal, akan tergolong drpd yang tidak akan layak syurga (DAYUS).- Bahawa yang perlu tindakan ialah kepada isteri yg Nusyuz.

Jika suami tahu kuasa cerai dan Rujuk adalah miliknya. Dia tidak akan takut untuk bercerai (sebagai Hukuman kpd Nusyuz) lantaran mampu merujuk balik tanpa izin isteri. (untuk mendidik dan memberi pengajaran).

Jika suami tahu AQIDAH terhadap hukum poligami, yakni jika isteri gagal menerima, maka isterinya terkeluar drpd islam. Maka suami WAJIB bertindak sehingga isterinya akan kembali pada Islam samada secara paksa ataupun disingkirkan. - Jika benar sayangkan isteri2nya.

Jika suami tahu, setiap wanita yg menjadi isterinya (jodohnya) adalah juga drpd Tulang rusuknya (maka ia akan menghargainya) sama seperti dirinya.

Jika suami tahu bahawa "kaum wanita dicipta dr tulang rusuk yg bengkok' yang pastinya ada kerenah masing-masing. Maka ia akan faham dan dpt bersabar menghadapi kaum ini sebagai teman hidup.

Jika suami tahu Isteri-isteri serta anak-anak sebenarnya datang daripada TAKDIR dan menjadi AMANAH kepadanya (drpd Allah swt sendiri) . Manakala amanah ini akan dipersoalkan nanti. Pasti akan membuatkannya berfikir.

Jika suami tahu bahawa Allah hanya mahukan " jangan buatkan salah seorang isteri rasa tergantung-gantung" (dalam perkara "adil" ), manakala seadil Rasulullah adalah 'sunat'. Kemudian sedar bahawa nafkah hanya 2kali kenyang (nasi kosong) sehari, seks 40hari sekali yang menjadi kewajipan. Kemudian selainnya adalah miliknya, ibadatnya, sedekahnya... maka apa yang perlu digusarkan.

Jika suami tahu, suatu hari dirinya akan mati dan akan menghadapi Allah. Pasti dirinya akan berpegang kepada kebenaran dan juga akan berpegang kepada kesabaran.
Baru saya ingat... saya petik post ini dari forum Halaqah.net .
Sebut sahaja poligami.. sememangnya mudah.. Namun melaksanakannya amatlah sukar.. Jangan hanya kerana Sunnah.. Namun yang dikatakan sunnah itu betulkan cara yang kita ikutkan sepertimana Rasulullah buat? Moga para suami akan menjalankan tanggungjawab terhadap isteri-isteri mereka dengan adil.

Tiadalah isteri ingin membebani perasaan suami.. melainkan inginkan suami yang berlaku telus dan jujur.. Tak mahu melihat kurangnya kasih sayang, kurangnya perhatian seperti mana dahulu sebelum kehadiran yang kedua..

Dan yang kedua juga.. tidak mahu membebani perasaan suami, walaupun sering berjauh hati.. Sering mengalah diri, agar suami tidak merasa runsing memikirkannya. Agar hati suami sentiasa tenang bertemu dengannya..

Doaku buat Zauj... Semoga yang sedikit ini kan menjadi banyak, Moga yang kurang ini kan menjadi lebih, Moga yang sukar ini menjadi mudah, Moga Allah swt merahmati hubungan ini hingga akhirnya.. Kuterima apa adanya dirimu..

Perempuan kena faham, poligami hak suami


ARKIB : 21/10/2012

Perempuan kena faham, poligami hak suami

SEBELUM Bro menulis lebih lanjut Bro nak peringatkan semua pembaca khususnya kaum perempuan bahawa poligami dibenarkan oleh Islam manakala perceraian adalah perkara yang dihalalkan oleh Islam tetapi dibenci oleh Allah.

Oleh itu Bro nak ingat puak-puak perempuan tak payah nak emosional apabila ada cadangan supaya lelaki yang sudah berkahwin tidak perlu meminta kebenaran isteri pertama kalau dia mahu berkahwin dengan perempuan berusia 30 tahun ke atas.

Bro sokong 300 peratus cadangan itu kerana ketika ini ramai perempuan yang berusia sedemikian tidak berkahwin. Bro percaya mereka juga ada keinginan untuk memiliki pasangan hidup seperti wanita-wanita lain yang sudah berkahwin.

Tetapi biasalah yang selalu kejam kat perempuan ini, perempuan sendiri, sebab itulah mereka emosional apabila sentuh sahaja bab-bab poligami ni. Macam-macam hujah mereka keluarkan untuk mempertahankan 'wilayah' mereka supaya tidak dicerobohi.

Bro nak tanya puak-puak perempuan yang emosional fasal poligami ni pernahkah mereka tidak fikir apa akan jadi jika mereka juga berada dalam kategori perempuan berusia 30 tahun ke atas tetapi belum berkahwin. Bro percaya mereka pun akan berdoa siang dan malam untuk diketemukan dengan jodoh. Kalau takdir menentukan bahawa jodoh mereka suami orang, mereka nak buat macam mana?

Janganlah bila dah berkahwin, rasa suami kita tu hak kita 100 peratus, perjalanan kehidupan ini bukan kita yang atur, kita hanya berusaha yang terbaik tetapi kalau ditakdirkan juga seorang perempuan tu kena bermadu, terima sahajalah.

Tetapi Bro nak ingatkan, Bro bukan sokong semua lelaki berpoligami, selain berkemampuan zahir dan batin, lelaki juga mesti beriman dan berakhlak, apabila semua syarat ini dah mencukupi Bro rasa tidak ada masalah untuk dia mengendalikan dua ke, tiga ke atau empat isteri.

Satu lagi kenapa perempuan suka sangat melihat soal poligami ni dari sudut negatif, sedangkan perkara itu dibenarkan oleh Allah, sudah pasti yang baik itu datang daripada-Nya dan yang buruk itu datang daripada manusia itu sendiri.

Menganiaya
Sebab itulah, Bro kata, yang selalu menganiaya perempuan bukan lelaki tetapi perempuan itu sendiri. Mereka sendiri kadang-kala tidak mahu melihat kaum sejenis mereka bahagia. Bab lain termasuk mengumpat siang malam mereka boleh berkongsi cerita, tetapi bila sentuh bab nak kongsi suami, mahu tercetus perang dunia ketiga, seolah-olah kalau mereka kena berkongsi kasih suami dengan perempuan lain dunia akan kiamat!

Namun mereka lupa, kadang-kala ada sebab kenapa suami mereka nak berpoligami apatah lagi dengan perempuan berusia 30 tahun ke atas, kalau suami mereka gatal buat apa nak cari perempuan berusia sedemikian lebih baik dia cari bak kata orang anak dara trang tang-tang. Tetapi ada lelaki yang berasa bertanggungjawab untuk turut memberi kebahagiaan kepada perempuan yang masih mencari suami ketika usia semakin meningkat atau si isteri sedia ada makin membosankan.

Bro percaya perempuan berusia sedemikian sudah ada kedudukan ekonomi yang baik, cuma kadang-kala kesibukan mereka menyebabkan tidak ada masa hendak bercinta tetapi apabila ditakdirkan mereka perlu bertemu jodoh dengan suami orang, Bro yakin mereka tidak akan tolak.

Lagipun, perempuan yang sedemikian tidak memerlukan apa-apa lagi daripada seorang lelaki, selain hendak berkongsi kasih sayang, sekurang-kurangnya dalam seminggu sekali atau dua kali, teman yang boleh dibuat berbual dan bergurau senda di malam hari, tak kan itu pun tak boleh!

Bro percaya lelaki yang mahu berpoligami dengan perempuan berusia 30 tahun ke atas tidak berhasrat untuk mengambil kesempatan terhadap perempuan berkenaan.

Lelaki ini baik, mereka sentiasa mempunyai sikap untuk membantu kaum perempuan, masalahnya kaum perempuan tidak mahu kaum sejenis mereka bahagia, sebab itulah jumlah perempuan tidak berkahwin semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Oleh itu, Bro berharap kaum perempuan tidak perlu emosional dalam berhadapan isu poligami ni. Bro tak kata, kalau apa yang dicadangkan itu boleh menyelesaikan semua masalah terutamanya mengurangkan jumlah wanita tidak berkahwin, cuma Bro fikir tidak ada salah kalau perkara itu betul-betul hendak dilaksanakan.

Kalau perempuan berusia sedemikian terperangkap dengan lelaki hidung belang atau akan mengikis hartanya itu nasib perempuan itulah, kenapa gatal tak mahu check latar belakang kekasih dia tu. Tetapi biasalah perempuan memang mudah lentuk, kena puji sikit mulalah jalan macam itik serati!

Apa pun Bro nak nasihatkan perempuan, cuba fikirkan soal poligami ini dengan tenang dan penuh rasional kerana sudah pasti ia ada kebaikannya. Lagipun lama mana sangatlah kita nak hidup kat dunia ni, sekurang-kurangnya melalui langkah mereka membenarkan suami berpoligami dengan perempuan berusia ini, ia akan mendatangkan pahala dan menceriakan dunia rumah tangga.

Akhir kata Bro nak nasihat kepada kaum perempuan yang sudah berkahwin, poligami adalah hak suami! Jadi tak payahlah nak makan hati!

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121021/re_10/Perempuan-kena-faham-poligami-hak-suami#ixzz2CXPuAcV5
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tuesday, November 6, 2012

Suami tak perlu meminta tandatangan isteri pertama kalau mahu berpoligami.

Suami berhak berpoligami

Sumber: Berita Harian
2012/10/19 - 07:28:23 AM

Kuala Lumpur: Suami yang mahu berkahwin lebih daripada satu tidak perlu meminta kebenaran isteri pertama kerana ia tidak terkandung dalam enakmen syariah di semua negeri.
Sebaliknya, mengikut Seksyen 23 Enakmen Keluarga Islam yang hampir seragam di semua negeri, suami diberikan hak berpoligami dan hanya perlu mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Syariah.
Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, berkata permohonan mengambil masa hampir 21 hari dan akan dinilai oleh Mahkamah Syariah sebelum mendapat kebenaran.
Empat elemen utama akan dinilai oleh mahkamah, iaitu keperluan perkahwinan, kemampuan suami, boleh berlaku adil dan tidak mendatangkan kemudaratan pada isteri," - Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
“Empat elemen utama akan dinilai oleh mahkamah, iaitu keperluan perkahwinan, kemampuan suami, boleh berlaku adil dan tidak mendatangkan kemudaratan pada isteri.

Perlu beri keterangan
“Individu yang ingin memohon poligami perlu memberi keterangan kepada mahkamah. Sama ada perlu kebenaran isteri pertama atau tidak akan ditentukan oleh mahkamah,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.
Beliau diminta mengulas laporan mengenai lelaki Islam di Pulau Pinang tidak memerlukan kebenaran isteri pertama untuk berpoligami.
Dalam laporan itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), Datuk Sazali Hussien, berkata enakmen syariah negeri tidak mempunyai peruntukan undang-undang untuk mendapatkan kebenaran isteri pertama.
Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Dr Mohd Naim Mokhtar, pula berkata suami memang tidak memerlukan kebenaran isteri pertama, tetapi bakal isteri dan wali akan dipanggil memberikan keterangan.

Kemampuan suami dinilai
“Kehadiran isteri pertama adalah prasyarat dalam setiap permohonan bagi membolehkan mahkamah menilai kemampuan suami dan akan dipertimbangkan.
“Undang-undang dalam Seksyen 23, masih mengambil kira semua situasi khususnya keadilan kepada isteri dan memastikan tidak ada pihak teraniaya,” katanya

Kita Insan Terpilih

Hidup berpoligami bukanlah sesuatu yang mudah.. Ada yang mampu bertahan, dan ada pula yang mengundur diri sebelum perang tamat... Ibarat pepatah.. Yang lemah cepat mengalah... Yang kuat sentiasa kan menang... Namun.. jangan biarkan pepatah ini membuatkan semangat kita luntur... Jangan tidak percaya.. Yang lemah tak semestinya akan sentiasa lemah dan kuat tidak semestinya akan sentiasa menang..

Pernah tak anda terfikir?? Bahawa kita ini adalah Insan Yang Terpilih... Dalam ramai-ramai para wanita di dunia.. Kita adalah antara yang terpilih untuk menjalani kehidupan dalam berpoligami. Kita terpilih menjadi isteri kedua, ketiga, @ keempat. Pastinya kita ini Istimewa...Yang dipilih Oleh Maha Pencipta untuk melayari bahtera Poligami. Alhamdulillah...

Kerana Apa???  Untuk Apa???

KESABARAN... KEKUATAN... KECEKALAN... KETABAHAN... PENDERITAAN TERDAHULU... KEBAHAGIAAN HAKIKI... SUNNAH NABI... PERKONGSIAN... SUCI HATI... 

Atau apa sebab sekalipun... Ingat.. Kita Insan TERPILIH.. Kita Insan ISTIMEWA

Istimewanya Kita..... Kerna...
Sabar menanti kepulangan suami... berhari-hari menanti suami dipintu rumah.. Antara datang dengan tidak...
Sabar dengan kerenah madu yang mungkin selalu menyekat suami untuk bersama kita...
Sabar dengan kekurangan yang ada...
Sabar menerima tolakan suami...
Sabar apabila tidur sendiri
Sabar apabila mengurus rumahtangga sendirian
Sabar apabila makan sendiri tanpa teman...
Sabar apabila mengubati sakit pening sendiri...
Sabar apabila beraya dengan keluarga sendiri tanpa suami
Sabar apabila membeli-belah sendiri
Sabar apabila bersiar-siar sendirian

Banyak lagi sabar....Sabarnya kita sebagai madu...

Berkorban??? Itu sudah tentu.... Bekorban apa???

Perasaan..... Cemburu... Marah... Sakit Hati... Kecewa.. Menangis Sendiri... Merajuk... Masa.. Waktu... Wang ringgit...

Untuk Apa Semua itu????? Demi sebuah Ikatan Perkahwinan....

Untuk Siapa Semua Itu??? Untuk SUAMI YANG DICINTAI dan DISAYANGI..

Tak rugi... Rugi Didunia Tak Mengapa... Jangan Kita rugi diakhirat Kelak...
Pastinya disyurga kita mahu bersama suami kita...

Bersabarlah Duhai para isteri... Insyaallah.... Allah Akan membantu kita... Ingatlah Pesan Saya...
Kita Insan Terpilih... Dan Kita Adalah Insan Istimewa...

Monday, August 27, 2012

Bingkisan Buat Suami

Wahai suami...
Ketahuilah akan perasaan isterimu
Yang sentiasa merindui wajahmu
Yang sentiasa mengharapkan perhatianmu
Yang sentiasa merindui belaianmu
Yang sentiasa mahukan dirimu sentia disisi
Yang sering menati akan hadirmu dikamar cinta
Yang tak pernah jemu menyintaimu
Yang tak pernah lelah menunggumu
Yang tetap bersabar akan segala dugaan
Yang sentiasa redha akan segala kekurangan

Wahai suami...
Ketahuilah akan isterimu ini
Tidak pernah jemu mendoakan kesejahteraanmu
Yang tak pernah lupa mendoakan kebahagiaanmu
Yang sering melambai kasih biarpun dari jauh
Yang sentiasa mengenepi segala perasaan demi kasih padamu
Yang selalu menantikan panggilan darimu
Yang sering tertunggu-tunggu ucapan cinta darimu

Ketauilah olehmu
Sesungguhnya aku masih setia menanti
Setia disini mengharapkan kasihmu
Walaupun tampak pudar
Walaupun  tersembunyi
Walaupun terpaksa berselindung
Walaupun terpaksa bersendiri

Demi kasihku padamu..
Aku redha..
Tapi janganlah kerana redha akan diriku
Aku terusan berharap tanpa kepastian